Kemalangan Helikopter Terhempas di Semenyih Selangor

Leave a Comment

Kemalangan Helikopter Terhempas di Semenyih Selangor


Berita terbaru yang diketahui bahawa sebuah helikopter telah pun terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor. Kemalangan tersebut terjadi ketika cuaca hujan dan angin kencang.

Pihak Bomba dan Penyelamat Kajang memberitahu bahawa mereka menerima panggilan kecemasa pada pukul 4.57 petang dan maklumat awal diketahui bahawa helikopter itu terhempas pada pukul 4.55 petang ini.

Tambahan pula, tiga pasukan Bomba dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah pun dikejarkan ke kawasan yang terlibat. Helikopter tersebut adalah milik swasta S 365 (Solitaire Services) yang sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.

Menurut sumber berita, keenam-enam mayat yang terlibat sudah pun ditemui termasuklah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Kesemua mayat telah di bawa ke Hospital Kajang. Siasatan yang terperinci akan dilaksanakan untuk mengenal pasti punca helikopter itu terhempas.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: