Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli Dibuka Untuk Kenderaan Ringan

Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli Dibuka Untuk Kenderaan Ringan

Matlumat terbaru yang diketahui bahawa Jalan Raya Timur Barat (JRTB) kawasan Gerik-Jeli telah pun dibuka semula. Ianya ditutup sebelum ini pada 23 Disember 2014 disebabkan masalah tanah runtuh.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof. Laluan tersebut dibuka lebih awal dua hari daripada tarikh jangkaan.

Tambahan pula, kerja-kerja masih lagi dijalankan untuk membaiki jalan termasuklah dengan lencongan di Kilometer 69, Kilometer 79 dan Kilometer 87 bagi kawasan Perak manakala di kawasan Kelantan melibatkan Kilometer 90.

Perkara ini merupakan langkah jangka pendek supaya pengguna dapat melalui jalan tersebut. Pembaikan sepenuhnya dijangka bakal mengambil masa selama 24 bulan.

Pembukaan laluan tersebut hanya untuk kenderaan ringan sahaja dan dinasihatkan supaya semua pengguna dapat mematuhi arahan dan papan tanda yang diletakkkan di kawasan terbabit demi keselamatan.
4 Komentar untuk "Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli Dibuka Untuk Kenderaan Ringan"

Bagus la bila dah ok..at least dah boleh guna jalan tu...

macam tu la....bila dah boleh lalu boleh la pi kelantan mengikut jalan raya....

alhamdulillah...mudah sikit nak kelantan...

Alhamdulillah, keadaan banjir dah makin baik tapi nak develop balik mungkin makan masa panjang sikit.
Moga Allah mudahkan semuanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top