Banjir Kilat di Changlun Jitra kedah

Leave a Comment
Banjir Kilat di Changlun Jitra kedah

Kawasan-kawasan rendah yang berada di Changlun telah pun dilanda banjir kilat pada petang tadi akibat hujan lebat yang terjadi dalam tempoh dua jam. Ianya bermula pukul 4.30 petang dan kembali pulih lebih kurang pukul 7.00 malam.

Kawasan-kawasan yang mengalami banjir ialah Kampung Lembah Keriang, Kampung Darat, Kampung Batas Jenalik dan perumahan kakitangan Universiti Utara Malaysia.

Laluan lebuh raya di Kilometer 13.3 dan 16 Lebuhraya Utara-Selatan yang hampir dengan Kampung Batas Jenalik juga turut terkena banjir.

Jalan ke utara yang terjejas akibat banjir kilat dan laluan kedua-dua arah telah dibuka untuk semua jenis kenderaan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: