Filem Mana Mau Lari di Pawagam 27 November 2014

Filem Mana Mau Lari di Pawagam 27 November 2014

Filem Mana Mau Lari yang bakal diterbitkan oleh Tayangan Ungguk Sdn. Bhd. akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 November 2014. Filem ini dibintangi oleh Tauke Jambu, Syuk Balas, Yassin, Aliff Yasraff dan lain-lain.

Datuk A. Razak Mohaideen selaku pengarah menyatakan bahawa filem ini merupakan genre 'Road Movie' yang melibatkan pengembaraan penggemar motosikal berkuasa tinggi.

Genre ini mempunyai sedikit kelainan daripada genre filem yang lain seperti komedi, seram dan fantasi tetapi unsur-unsur tersebut terdapat juga di dalam filem ini untuk memberi penambahan yang terbaik buat penonton.

Filem ini melibatkan belanja sebanyak RM1.5 juta yang merupakan filem ke-34 arahan A. Razak. Beliau berehat sebelum ini selama dua tahun bagi menumpukan kepada pengajian peringkat Doktor Falsafah.
2 Komentar untuk "Filem Mana Mau Lari di Pawagam 27 November 2014"

filem melayu budjet besar ni, harap menarik filem ni.

betul tu Denaihati....harap-harap filem ni dapat beri impak yang berguna....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top