Helikopter Nuri Terhempas di Pulau Perak

Leave a Comment
Helikopter Nuri Terhempas di Pulau Perak

Pendaratan cemas helikopter Nuri kendalian Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi mungkin disebabkan oleh masalah teknikal.

Ianya terjadi kira-kira jam 11.25 pagi melibatkan empat daripada enam kru dan penumpang yang menaiki helikopter Sikorsky cedera termasuk seorang dikatakan patah tangan. 

Helikopter daripada Butterworth, Pulau Pinang tersebut sedang bertugas menghantar logistik kepada anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan. 

Menurut sumber, pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana keadaan angin kuat menyebabkan helikopter hilang kawalan dan terhempas di kawasan berbatu.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: