Bas Rempuh Treler Sebabkan Tiga Maut

Bas Rempuh Treler Sebabkan Tiga Maut

Tiga maut dan empat cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan sebuah treler muatan kayu.

Ianya berlaku di Kilometer 45.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan).

Seramai 10 penumpang lain hanya cedera ringan dan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut pemandu bas, R Shashi Kumar berumur 24 tahun, warga Indonesia, Edi Setiono berumur 51 tahun, badan ditembusi kayu dan pemandu treler, A Majid Sadar Mohd berumur 59 tahun akibat serangan jantung.

Kereta Mazda juga remuk disebabkan melanggar longgokan kayu di atas jalan raya.
Tag : Bas, Maut, Rempuh, Treler
0 Komentar untuk "Bas Rempuh Treler Sebabkan Tiga Maut"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top