Jepun Perkenal Kereta Api Maglev 500 Kilometer Sejam

Leave a Comment
Jepun Perkenal Kereta Api Maglev 500 Kilometer Sejam

Jepun menunjukkan kereta api terapung iaitu Maglev buatan tempatan yang boleh mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam.

Sistemnya ialah magnetik yang dilengkapi dengan teknologi paling canggih bagi mencapai kelajuan yang paling laju.

Ianya keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai) digerakkan kuasa magnet.

Maglev akan digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.

Ia tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap.

Perjalanan rasminya pada September depan dan akan beroperasi antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: