Masak Rendang Ayam Bersama Selebriti MasterChef Farouk Hussein

Leave a Comment
Masak Rendang Ayam Bersama Selebriti MasterChef Farouk Hussein

Pada kali ini, makanan yang akan dimasak ialah Rendang Ayam. Anda boleh membantu selebriti chef kita untuk memasukkan adunan dengan tepat untuk memasak rendang ayam. Bila semua aduan dimasukkan dengan betul barulah layak digelar pakar! Jom sama-sama kita tolong Farouk Hussein untuk memasak Rendang Ayam di sini --->>> Masak Rendang Ayam


Read More

Intipati Bajet 2013

Leave a Comment

Intipati Bajet 2013

Inti pati Belanjawan 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini:

PERTUMBUHAN EKONOMI
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.


BISNES DAN PELABURAN SWASTA

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. 

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.



PENYERTAAN BUMIPUTERA

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang" 


KESEJAHTERAAN RAKYAT

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA) yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.

* RM400 juta diperuntukkan untuk program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.

* Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.

* RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa, RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio 2016.


BELIA

* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional

* RM50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan "New Entrepreneur Foundation" untuk membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan "Young Entrepreneur Fund"

* Memberi rebat RM200 secara "one-off" bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun

*RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar


SOSIAL

* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah
dua peratus ke atas pinjaman

* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000


PELAJAR DAN PERSEKOLAHAN

* RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan

* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta * Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250

* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000

* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun

* 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta


SEKTOR AWAM DAN PENDAPATAN ISI RUMAH:

* Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012, manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan

* RM1.9 bilion diperuntukkan bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik merangkumi rumah yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Jabatan Perumahan Negara

* Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan, manakala had pendapatan bersama suami isteri RM10,000

* Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan

* Pengurangan subsidi gula 20 sen sekilogram mulai 29 Sept 2012 dan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran

* RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia dan menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan

* Diskaun 50 peratus ke atas tambang penumpang feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak serta diskaun 50 peratus ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barang keperluan dan binaan ke Labuan


HAJI:

* Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah untuk menampung kekurangan kos tambang dengan had pengeluaran RM3,000


CUKAI PENDAPATAN

* Kadar cukai pendapatan individu diturunkan satu peratus bagi kumpulan berpendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000

* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional

* RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar.

* Kerajaan akan menubuhkan "National Strategic Coordination Unit" untuk merancang dan menyelaras Program Transformasi Bandar dan Program Transformasi Luar Bandar

* Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, manakala lima RTC diwujudkan di Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar meliputi pembinaan 441 kilometer jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, projek infrastruktur utiliti, Program Desa Lestari, program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli serta membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalam Sabah dan Sarawak * RM19.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia, yang akan turut menyediakan perkhidmatan ujian kolestrol dan glukosa serta ujian air kencing

* RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat termasuk melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita, meningkatkan Program Inkubator Keusahawan Ibu Tunggal, pemberian geran RM1,000 untuk "Program Get Malaysian Business Online" dan pemeriksaan percuma ujian Mamogram
Read More

AS1M Agihan Pendapatan 6.60 Sen Seunit

Leave a Comment
AS1M Agihan Pendapatan 6.60 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept 2012. Agihan pendapatan akan melibatkan pembayaran sebanyak RM459.86 juta.
Read More

Karnival Pekerjaan Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Alor Setar

Leave a Comment


Tarikh : 29 September 2012 (Sabtu)
Tempat : Perkarangan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jalan Kolam Air, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang 
Aktiviti : 
1. Temuduga Terbuka 
2. Klinik Kerjaya
3. Pameran Kerjaya
4. Khidmat Nasihat Pekerjaan 
5. Pendaftaran online JobsMalaysia
Read More

Aishwarya Rai Duta HIV/Aids PBB

Leave a Comment

Aishwarya Rai Duta HIV/Aids PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah pun melantik aktres Bollywood yang terkenal iaitu Aishwarya Rai Bachchan sebagai duta muhibah bagi kesedaran bahaya HIV dan Aids.

Pelantikan Aishwarya yang berumur 38 tahun telah diumumkan ketika Program Bersama PBB mengenai HIV/Aids yang dikenali sebagai UNAids.
Read More

Puteri Sultan Brunei Kahwin Staf Pejabat Perdana Menteri

1 comment

Puteri Sultan Brunei Kahwin Staf Pejabat Perdana Menteri


Puteri Sultan Brunei Kahwin Staf Pejabat Perdana Menteri

Anak perempuan kelima Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, bakal melangsungkan persandingan esok dalam majlis perkahwinan yang diadakan dengan gilang-gemilang di Istana Diraja Brunei.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah berumur 32 tahun dan pasangannya iaitu Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub berumur 29 tahun selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.

Selepas istiadat akad nikah, kedengaran tembakan meriam 21 das berkumandang di udara.

Puteri Hafizah Sururul merupakan pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan bertugas sebagai pegawai di Kementerian Kewangan manakala Muhammad Ruzaini seorang penjawat awam di Pejabat Perdana Menteri.

Read More

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Leave a Comment

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Penyanyi Shila Amzah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China, semalam.

Pertandingan akhir itu disertai finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Read More

Sony Perkenal PlayStation 3 Versi Baru

Leave a Comment

Sony Perkenal PlayStation 3 Versi Baru

Syarikat pengeluar barangan elektrik, Sony Corp. akan memperkenalkan gajet permainan videonya iaitu PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecil, nipis dan ringan menjelang cuti akhir tahun.

Pengumuman dibuat sebelum menjelang acara tahunan Tokyo Game Show yang akan dihadiri oleh pencipta-pencipta permainan video bersama produk masing-masing.

Model PS3 yang baru mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.

PS3 ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model sedia ada iaitu 320 dan 160 gigabit.

Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait yang dijual pada harga AS$269 (RM823) seunit.

Read More

70 Ekor Cacing Tanah Dikahwinkan

Leave a Comment

70 Ekor Cacing Tanah Dikahwinkan

Sejumlah 70 cacing tanah telah pun dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah.

Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin.

Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut telah menyatakan bahawa haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.

Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan.
Read More

Putera William dan Catherine Bertemu Orang Ramai di KLCC

Leave a Comment

Putera William dan Catherine Bertemu Orang Ramai di KLCC

Pasangan diraja Britain, Putera William dan isteri, Catherine memulakan hari kedua lawatan rasmi mereka dengan bertemu orang ramai di Taman KLCC.

Pasangan diraja itu yang tiba di KLCC kira-kira pukul 10.45 pagi dibawa menaiki buggy sehingga di hadapan pintu masuk taman sebelum berjalan untuk bertemu dan bersalaman dengan orang ramai yang telah menanti mereka seawal pukul 8 pagi.
Read More

Moustafa Bangga Jadi Popeye

Leave a Comment

BISEP Moustafa berukuran hampir 79 sentimeter menyebabkan dia kelihatan seperti Popeye (gambar kecil).

Seorang ahli bina badan kelahiran Mesir telah pun diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter.

Moustafa Ismail, 24 telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.

Moustafa memiliki bisep yang sama besarnya dengan ukur lilit pinggang lelaki dewasa. 

Moustafa mengaku dia tidak gemar sayur bayam sebaliknya dia memakan sehingga 1.5 kilogram ayam, 0.5 kilogram daging atau ikan dan empat cawan almond bersama sembilan liter air dan tiga liter bancuhan protein.
Read More

Zed Zaidi Hilang Kereta

Leave a Comment

Zed Zaidi Hilang Kereta

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi telah kehilangan kereta apabila dicuri orang awal pagi kelmarin.

Kes ini adalah yang kedua yang menimpa beliau atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32 selepas sebuah kereta Toyota miliknya dilaporkan hilang di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2007 dan sehingga kini ia belum ditemui lagi.

Beliau melaporkan kehilangan kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang diletakkan di hadapan rumahnya di kondominium Perdana View di Damansara Perdana di sini.

Beliau dimaklumkan oleh isteri dan pembantu peribadi bahawa kereta itu yang diletak di hadapan kondominium sudah lesap selepas pulang dari membeli-belah.

Read More

Jalur Gemilang Daripada Tempe Dipamerkan di Kuala Langat

Leave a Comment
Jalur Gemilang Daripada Tempe Dipamerkan di Kuala Langat
Gambar Tempe Sekadar Hiasan
Jalur Gemilang yang diperbuat menggunakan 27,000 keping tempe akan dipamerkan kepada orang ramai di Kolej Komuniti Kuala Langat pada esok hari bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
   
Bendera Malaysia yang berukuran sepanjang 500 meter itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai Jalur Gemilang terpanjang di negara ini yang diperbuat daripada tempe bersempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan ke-55 Kolej Komuniti Wilayah Selangor.
   
Unit Komunikasi Korporat Kolej Komuniti Kuala Langat berkata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyaksikan bendera itu dalam satu majlis di kolej itu esok.
   
Kenyataan itu menyebut seramai 200 orang terdiri daripada pelajar dan petugas Kolej Komuniti Kuala Langat, komuniti setempat termasuk enam pengusaha tempe terlibat menghasilkan Jalur Gemilang itu.

Read More

Pak Man Lelaki Tertua Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 117 Tahun

Leave a Comment

Pak Man Lelaki Tertua Malaysia Meninggal Dunia Pada Usia 117 Tahun

Lelaki paling tua di Besut iaitu Abdul Rahman Bakar berumur 117 tahun telah meninggal dunia di rumahnya di Kampung Denger kelmarin.

Allahyarham yang dikenali sebagai Pak Man meninggal dunia di pangkuan isteri kelapan, Saadiah Hamat, 71, dan seorang anaknya, Mohamad Deraman, 56.

Abdul Rahman sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat apabila kisah hidupnya yang pernah beristerikan lapan wanita dan kekal sihat pada usia lebih seabad disiarkan akhbar.

Allahyarham yang mengamalkan memakan sayur setiap hari dan tidak pernah merokok antara faktor mampu mengekalkan usia tua sehingga menghembuskan nafas terakhir iaitu kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Read More

Ayu Raudhah Hamil Lagi

1 comment

Ayu Raudhah Hamil Lagi

Pengalaman kehilangan kandungan ketika masuk minggu keenam meninggalkan momen pahit buat aktres Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak kebangsaan, akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, kesedihan itu terubat apabila Ayu kini sedang hamil tiga bulan. Mengakui bimbang akan keselamatan kandungannya, Ayu dinasihatkan doktor untuk bercuti bagi menggelakkan kejadian sama berulang.

Zaquan adalah individu paling gembira apabila doktor mengesahkan dia sedang hamil ketika itu dan sering bimbangkan Ayu apabila berjauhan.
Read More

Bapa Angkasawan Negara Meninggal Dunia

Leave a Comment

Bapa Angkasawan Negara Meninggal Dunia

Bapa kepada Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor, 77, meninggal dunia jam 9.26 pagi, semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras, Kuala Lumpur akibat sakit tua selain menghidapi kanser kolon.

Jenazah arwah selamat dikebumikan bersebelahan kubur anak keempatnya, Sheikh Mustapha yang meninggal dunia pada 2007 ketika berusia 37 tahun di Makam Tuan Said, di sini, pada jam 5.45 petang dengan bacaan talkin diketuai Imam 3, Masjid Negeri, Ustaz Mohd Firdaus Taslim.


Terdahulu, jenazahnya disembahyangkan di Masjid Negeri diketuai Imam 1 Masjid Negeri, Ustaz Zaher Rudin Moktar selepas tiba dari rumahnya Seksyen 12, Petaling Jaya, Selangor kira-kira jam 4.35 petang sejurus jemaah di Masjid Negeri selesai solat Asar.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Zuraida Sheikh Ahmad, 67, serta empat anak iaitu Sheikh Ahmad, 42, Sheikh Taufik, 41, Datuk Dr Sheikh Muszapha, 40, dan Sheikh Arwiz, 34.
Read More

Tawaran Hebat FireFly di Pameran Matta 2012

1 comment
Tawaran Hebat FireFly di Pameran Matta 2012

Sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (KL Matta Fair 2012) yang akan diadakan bermula hari ini sehingga 9 September di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), FireFly menawarkan pelbagai tawaran menarik bagi pakej percutian dan tiket penerbangan.   

Untuk pameran Matta tahun ini, FireFly menawarkan promosi tiket penerbangan dari RM55 sehala untuk laluan domestik dan serantau untuk tempahan sehingga 9 September dan penerbangan dari 25 September hingga 26 Oktober.
Read More

Suasana Pilu Ketibaan Jenazah Pelajar Dari Russia

Leave a Comment

Suasana Pilu Ketibaan Jenazah Pelajar Dari Russia

Suasana pilu di surau Al-Iman di Presint 9 sebaik ketibaan jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Russia.

Anggota keluarga dan jiran serta kenalan mangsa yang mula berkumpul sejak awal lagi di surau tersebut kelihatan sayu sebaik jenazah tiba jam 12.40 malam tadi.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama iaitu Hanisah Muhd. Shah.

Jenazah Adzreen yang merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kemudian dibawa ke surau tersebut untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini.

Manakala jenazah Hanisah iaitu pelajar tajaan Mara pula dibawa ke Dungun, Terengganu untuk urusan pengebumian.

Dalam kemalangan tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain.

Kesemua mereka adalah pelajar Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.
Read More

Pandelela Rinong Tolak Tawaran Belajar di Australia

Leave a Comment
 Pandelela Rinong Tolak Tawaran Belajar di Australia

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong telah mengambil keputusan rasmi nekad mengorbankan tawaran melanjutkan pelajaran ke Australia dengan alasan ingin berada di samping jurulatihnya, Yang Zhuliang di tanah air.

Pemenang pingat gangsa 10 meter platform Olimpik London itu menyatakan bahawa dia lebih selesa untuk melanjutkan pelajaran di negara sendiri sekali gus latihannya di Pusat Akuatik Bukit Jalil tidak terganggu.

Selepas mencipta nama di temasya Olimpik baru-baru ini, Lela menerima biasiswa penuh pengajian selama empat tahun di Australia yang ditawarkan negeri kelahirannya, Sarawak. Lela seakan dibayangi tanda tanya sama ada ingin menerima tawaran itu atau sebaliknya demi sukan negara.

Pandelela belum lagi menetapkan keputusan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti tempatan dan hanya bergantung kepada tawaran selepas ini. Lela berhajat mengambil jurusan Sains Sukan dan akan terus berada di samping jurulatih.
Read More

Kuota Jemaah Haji Malaysia Tahun 2012 kekal 28,000

Leave a Comment
 Kuota Jemaah Haji Malaysia Tahun 2012 kekal 28,000

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.

Seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji.
Read More