Majlis Raja-Raja Melayu Anugerahkan Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Pingat Emas Jaya Kecemerlangan

Leave a Comment
Majlis Raja-Raja Melayu Anugerahkan Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Pingat Emas Jaya Kecemerlangan


Majlis Raja-Raja Melayu melalui mesyuarat di Istana Negara hari ini telah memutuskan untuk menganugerahkan Pingat Emas Jaya Kecemerlangan kepada pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg.
  
Kedua-dua mereka telah membawa balik pingat dengan Chong Wei menggondol pingat perak dalam acara badminton dan Pandelela merangkul pingat gangsa dalam acara 10m platform individu wanita pada Sukan Olimpik London 2012.
  
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad berkata ini adalah kali pertama Majlis Raja-Raja Melayu menganugerahkan pingat tersebut kepada olahragawan, olahragawati dan ahli sukan.

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: