LG Tawar Promosi Balik Kampung

Leave a Comment

LG Tawar Promosi Balik Kampung

LG Electronics Malaysia (LG) memberikan tawaran istimewa menerusi promosi “Balik Kampung” bagi pelbagai produk LG termasuk TV 3D, TV pintar, TV LED, 3D dan peralatan lain seperti monitor, sistem teater rumah, mesin basuh dan peti sejuk.

Pengguna yang membeli TV LG Cinema 3D Smart TV 72 inci atau model 55 inci LM9600 akan menerima sistem teater rumah 3D Blue-ray bersama empat pasang cermin mata 3D bernilai lebih RM3,000.

Manakala bagi pembelian TV LG 65 inci LM6200 Cinema 3D Smart TV, LG akan menawarkan sistem teater rumah 3D Blue-ray, dongle wifi dan empat pasang cermin mata 3D tambahan bernilai RM2,300.

Selain itu, dengan pembelian TV LG 55 inci LM4610 Cinema 3D Smart turut membawa pulang pemain DVD Blue-ray 3D secara percuma.

Bagi peralatan rumah, LG turut menawarkan jaminan lima tahun untuk kompresor peti sejuk dan jaminan 10 tahun pada motor mesin basuh Inverter Direct Drive.

Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn Bhd, HK Kwon, berkata, promosi ini adalah bagi menghargai kesetiaan pelanggan atas sokongan berterusan terhadap produk LG.

Promosi LG sedang berlangsung dan berakhir 31 Ogos 2012.

Sumber : Sinar Harian
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: