Anzalna Mohon Maaf Kepada Neelofa

Leave a Comment

Anzalna Mohon Maaf Kepada Neelofa

Pelakon Nur Anzalna Nasir, 24, hari ini secara terbuka memohon maaf kepada Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menjejaskan maruah pengacara Nona itu.

Pernyataan maaf itu dilakukan pada satu majlis yang diatur oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang turut dihadiri Neelofa dan Presiden Seniman, Zed Zaidi di sebuah hotel di sini.

“Saya, Nur Anzalna Nasir, ingin minta maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar mingguan yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarga.

“Saya juga tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang dikeluarkan pada 10 Jun itu di muka surat 10 akhbar tersebut," katanya ketika membaca pernyataan maaf itu.

Sumber : Utusan
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: