Sultan Selangor Perkenan Batal Jawatan Exco Hasan Ali

Leave a Comment


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bersetuju mengenai pelucutan jawatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai EXCO kerajaan negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid.

Baginda Sultan menurunkan kuasa kepada beliau untuk melantik Ahli EXCO kerajaan negeri yang baru dan menasihatkan beliau supaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Hasan Ali perlu menyerahkan kembali kemudahan yang diterimanya sepanjang berkhidmat sebagai Ahli EXCO Kerajaan negeri mulai Isnin ini.


Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: