Pelajar Malaysia Terkandas di Lapangan Terbang Kaherah

Ratusan pelajar Malaysia dikatakan sedang terkandas di lapangan terbang Kaherah berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut terkandas bersama para pelajar itu berkata, kesemua mereka dalam keadaan terkawal dan bersemangat tinggi menghadapi situasi itu.

“Hampir kesemua penerbangan keluar dari Kaherah dibatalkan dan tidak dapat dipastikan bila ia dapat berlepas keluar dari sini.

“Bagaimanapun, saya berharap kerajaan Malaysia segera melakukan usaha untuk membawa kesemua pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari sini dengan segera,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini. - Utusan
Tag : Tragedy
0 Komentar untuk "Pelajar Malaysia Terkandas di Lapangan Terbang Kaherah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top