Roger Federer Juara Terbuka Australia

Leave a Comment
Pemain No. 1 dunia dari Switzerland, Roger Federer mencatat kejayaan kali keempat Terbuka Australia dan meraih kejuaraan Grand Slam ke-16 selepas mencatat kemenangan 6-3, 6-4, 7-6 (13-11) ke atas pemain pilihan kelima kejohanan dari Scotland, Andy Murray pada perlawanan akhir kejohanan.– AFP
Read More

Laman Web Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

1 comment
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan laman web peribadi beliau, http://www.my-malaysia.com.my/index.php?lang=bm bagi membolehkan orang ramai berinteraksi dengannya secara langsung di alam maya.

Sewaktu melancarkan laman web itu di Angkasapuri di sini, Muhyiddin berkata, beliau sedia menerima apa sahaja cadangan walaupun bersifat radikal sekiranya ia baik untuk kepentingan negara.

– Utusan
Read More

35 Perlawanan Bola Piala Dunia 2010 Di RTM

Leave a Comment
Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini diberi hak sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bermula 11 Jun hingga 12 Julai ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, menerusi hak itu RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran secara langsung dan 11 siaran tertunda.

"RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam dan sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2.

“Hampir semua penjadualan siaran langsung perlawanan akan bermula pada pukul 11 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Rais menyaksikan majlis menandatangani perjanjian RTM sebagai penyiar berlesen antara RTM yang diwakili Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf dengan pemegang hak siaran terestrial eksklusif Piala Dunia FIFA 2010 yang diwakili Pengarah Urusan Esprit Media Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Zaharul Annuar. – Bernama
Read More

Trofi Piala Dunia DI Malaysia

Leave a Comment
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan untuk tatapan umum trofi keagungan bola sepak dunia, Piala Dunia.

Beliau menarik kain penutup Piala Dunia sebagai simbolik trofi itu sudah sedia untuk dipertontonkan kepada umum pada satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Piala Dunia, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerusi penerbangan khas dari Jakarta semalam, adalah trofi asli setinggi 36.8 sentimeter dan berat 6.175 kilogram yang diperbuat daripada emas tulen 18 karat. – Utusan
Read More

Sultan Kedah Diisytihar Pemangku Yang di-Pertuan Agong

Leave a Comment
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Sultan Kedah, hari ini diisytihar sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Watikah perisytiharan itu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu istiadat di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan di sini.

Baginda kemudiannya menandatangani watikah perisytiharan bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong selama sebulan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee, Jerman.

Sultan Abdul Halim, yang ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959, adalah Yang di-Pertuan Agong kelima dari 20 September 1970 sehingga 20 September 1975. – Bernama
Read More

Tuanku Ibrahim Ismail Dimasyhurkan Sebagai Sultan Johor

Leave a Comment
Tuanku Ibrahim Ismail, 52, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang kelima hari ini.
Istiadat pemasyhuran baginda diadakan di tangga Istana Besar, di sini pukul 1.40 petang.
Watikah pemasyhuran Tuanku Ibrahim Ismail dibacakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Pemasyhuran itu dilangsungkan sebelum jenazah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini untuk istiadat pemakaman.

Tuanku Ibrahim Ismail menggantikan ayahanda baginda yang mangkat semalam pada usia 77 tahun setelah memerintah negeri ini hampir tiga dekad bermula 11 Mei 1981. – Utusan
Read More

Tawaran Biasiswa Jepun Dibuka

Leave a Comment
Biasiswa kerajaan Jepun untuk pengajian Jepun dan latihan perguruan kini dibuka untuk rakyat Malaysia. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu dengan menghubungi talian 03-21772600 (sambungan 157/146) atau melayari laman web Kedutaan Jepun di Malaysia. Semua permohonan mesti sampai ke Kedutaan Jepun selewat-lewatnya pada pukul 4 petang 2 Mac ini. - Bernama
Read More

Cameroon, Zambia ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika

Leave a Comment
Cameroon bangkit dari ketinggalan dua kali untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Tunisia awal pagi tadi dan mara ke peringkat suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Walaupun hanya mencatat keputusan seri selepas saingan mendebarkan dalam Kumpulan tetapi ia sudah cukup untuk membawa juara empat kali itu ke pusingan seterusnya bersama Zambia, yang menewaskan Gabon 2-1 di Benguela. - AFP
Read More

4.39j Layak Mengundi Belum Daftar Sebagai Pemilih

Leave a Comment
Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. - Bernama
Read More

Bekalan Darah Kurang

Leave a Comment
Beberapa hospital kerajaan dan swasta mengalami kekurangan bekalan stok darah akibat pendermaan darah yang tidak begitu memberangsangkan sedangkan permintaannya adalah tinggi.

Hospital Pantai Kuala Lumpur umpamanya hanya mempunyai bekalan stok darah 15 unit pain sehari dan terpaksa meminta bekalan darah dari Pusat Darah Negara sekiranya berlaku kes kecemasan bekalan seperti untuk kegunaan pembedahan dan bersalin.

Pegawai Makmal Transfusi Tabung Darah Hospital Serdang, Ruzaina Ariffin pula berkata, bekalan di hospital itu adalah terhad dan hanya akan meminta stok darah dari Pusat Darah Negara apabila diperlukan.

Pegawai Juruteknologi Makmal Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Noor Azura Ismail berkata, hospital itu memerlukan 1,000 pain darah sebulan tetapi masa ini ia hanya mempunyai 600 pain.

Dalam usaha meningkatkan jumlah kutipan darah, Pusat Darah Negara dengan kerjasama pelbagai pihak akan menjalankan kempen menderma darah di beberapa lokasi dari 18 hingga 24 Januari ini. – Bernama
Read More

Gempa Bumi Di Haiti

Leave a Comment
Read More

Jawatan Kosong Sebagai Pengurus, Penolong Pengurus & Penyelia

Leave a Comment
PERHATIAN SEMUA!!! JAWATAN KOSONG SBG PENGURUS & PENOLONG PENGURUS (PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI) & PENYELIA IT (PERPUSTAKAAN JALUR LEBAR KOMUNITI)...KWSNNYA DI PAHANG, PERAK, SELANGOR, N9, TERENGGANU, JOHOR, KEDAH...TARIKH TUTUP PERMOHONAN 25.01.10...CEPAT MOHON SEBELUM TERLAMBAT...HARAP MAKLUM...

Read More

Gempa Sederhana Landa Taiwan

Leave a Comment
Gempa bumi berkekuatan 5.1 pada skala Richter melanda perairan Taiwan dan di selatan Jepun hari ini, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa tersebut berlaku di kedalaman hanya enam kilometer dan berpusat di 181km di timur Taipei atau 112km dari pulau Ishigaki di Jepun, kata Penyelidik Geologikal AS.

Tiada amaran tsunami di keluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpusat di Hawaii. - AFP
Read More

Sudut Membaca 1Malaysia Di Perhentian Bas

Leave a Comment
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bercadang memperluaskan lagi kempen ”Program Membaca 1Malaysia: Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” dengan menyediakan sudut bacaan di beberapa perhentian bas tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar.

Beliau berkata, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan pihak pengurusan perhentian bas terpilih di sekitar Lembah Klang bagi melaksanakan rancangan itu di samping mengadakan tinjauan bagi memastikan lokasi yang sesuai untuk diletakkan sudut bacaan.

"Sudut bacaan ini kita akan letak di perhentian-perhentian bas sejak sudut bacaan yang kita lancarkan di gerabak-gerabak kereta api pada 7 Dis. lepas mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para penumpang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan buku kepada PNM oleh GB Explorer Sdn Bhd dan Gemilang Publishing untuk ”Program Membaca 1Malaysia: Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” di sini hari ini. - Bernama
Read More

2 Harga Petrol Mulai 1 Mei

Leave a Comment
Mulai 1 Mei ini, petrol akan dijual dalam dua harga berbeza iaitu yang bersubsidi untuk warganegara dan tanpa subsidi bagi bukan warganegara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, harga petrol untuk warganegara adalah mengikut harga subsidi kerajaan dan kapasiti enjin kereta dengan menggunakan Mykad. - Utusan
Read More

Penggunaan Kalimah Allah Ditangguhkan

Leave a Comment
Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penerbitan `Herald - The Catholic Weekly’ menggunakan perkataan `Allah’ berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara. - Utusan
Read More

Burj Khalifa (Burj Dubai) di Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

1 comment
Pemandangan tertinggi dari geladak pemerhatian di tingkat 120 Burj Dubai
Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang setinggi lebih 828 meter dibuka secara rasmi semalam.

Sebelum pembukaannya, beberapa orang dibenarkan untuk menyaksikan pemandangan di geladak pemerhatian di tingkat 124.

Bangunan setinggi 160 tingkat itu dibina oleh kira-kira 12,000 buruh dengan kos sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion).

Syarikat pemaju, Emaar menyatakan 90 peratus unit kediaman di bangunan itu sudah habis dijual.

Bangunan itu sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai mengatasi pencabarnya sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter. - Agensi
Read More

Beijing Lumpuh Akibat Salji

Leave a Comment
Cuaca sejuk di utara China dengan disusuli ribut salji menyebabkan lalu lintas dan perjalanan penerbangan terjejas, di mana suhu terendah untuk lebih sedekad di negara itu dijangka dirasai beberapa hari lagi. Stesen Meteorologikal Beijing, berkata ribut salji dijangka dirasai esok dan ia dijangka kembali reda untuk tempoh 48 jam, di mana penduduk China akan kembali bekerja selepas cuti tiga hari bagi menyambut tahun baru. - AFP
Read More

Gaza Diserang Israel Lagi

Leave a Comment
Sekurang-kurangnya dua cedera apabila tentera udara Israel melancarkan serangan roket terbaru, awal pagi tadi di empat kawasan sasaran utama di Semenanjung Gaza. Dua letupan didengari di bandar raya ini, salah satu di bahagian utara, manakala satu lagi di selatan dekat bandar Khan Younis. Semua roket berkenaan bagaimanapun hanya mengenai tanah lapang dan bukannya bangunan atau kediaman penduduk Palestin. Dua yang dilaporkan cedera itu membabitkan salah seorangnya kanak-kanak. Jurucakap tentera Israel mengesahkan pesawat pejuangnya melepaskan misil terhadap Gaza, tetapi enggan memberi butiran lanjut sasaran serangan. - AFP
Read More

Tahun Baru 2010

Leave a Comment
Selamat menyambut tahun baru 2010. Semoga segala azam dan impian akan menjadi kenyataan. Berusaha dengan lebih bijak pada tahun ini untuk kemudahan pada masa hadapan.
Read More