BSN Lancar Perkhidmatan Mesin Juruwang Maya Pertama Malaysia

Leave a Comment
BSN Lancar Perkhidmatan Mesin Juruwang Maya Pertama Malaysia
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memulakan misi perintis di Malaysia dalam dunia perbankan. BSN lancar perkhidmatan Mesin Juruwang Maya pertama Malaysia atau lebih dikenali sebagai VTM bagi memudahkan semua pelanggannya mengikut berita yang terkini.

Mesin VTM ini telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri yang bertempat di Wisma BSN di Jalan Ampang.

Tambahan pula, mesin VTM ini bakal beroperasi di 450 cawangan di seluruh negara. Ianya akan berfungsi dengan menawarkan perkhidmatan perbankan melalui sidang video secara alam maya melibatkan pelbagai pilihan urusan.

BSN lancar perkhidmatan Mesin Juruwang Maya pertama Malaysia mengikut arus modenisasi terkini yang berkembang dengan pesat. Ianya akan seiring dengan kemajuan teknologi di mana institusi perbankan mestilah lebih berinovasi dalam menyediakan perkhidmatan kewangan terkini kepada pelanggan.

Usaha yang bagus ini patut dicontohi oleh institusi perbankan yang lain supaya dapat menggunakan kemudahan teknologi yang ada supaya perkhidmatan yang ditawarkan lebih bijak dan lebih berdaya saing.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: