Fenomena yang selalu terjadi disebabkan oleh kemarau tetapi kali ini menunjukkan fenomena yang luar biasa bagi Sungai Golok apabila kemarau yang teruk telah menyebabkan sungai tersebut telah cetek ke paras 0.5 meter.
Air sungai tersebut hanya berada di paras lutut sahaja yang membolehkan penduduk mengharungi sungai untuk meyeberang ke Golok tanpa menaiki perahu.
Penurunan paras air Sungai Golok pada tahun ini adalah yang terendah disebabkan oleh kemarau yang terburuk.
Penduduk-penduduk yang berdekatan mengunjungi Sungai Golok ini untuk beriadah pada waktu petang dan ada juga yang mencari etak yang didapati di gigi sungai dan kawasan dalam.
Walaupun begitu, pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis, Angkatan Tentera Malaysia, Rela dan lain-lain sentiasa memastikan sempadan negara di sepanjang Sungai Golok tidak akan dibolosi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab supaya kes-kes penyeludupan petrol, dadah, senjata api dan jenayah tidak akan memasuki negara Malaysia.
Penduduk-penduduk di sekitar telah dinasihatkan supaya tidak berkerjasama dengan penjenayah khususnya ketika paras sungai cetek.
0 comments:
Post a Comment