Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun

Leave a Comment
Pekan Rabu Alor Setar Kedah Dijangka Siap 2 Tahun

Semua penduduk di negeri Kedah rata-ratanya sudah tahu bahawa kompleks perniagaan Pekan Rabu sedang dalam proses untuk dirobohkan. Setiap kali lalu di jalan raya berhadapan dengan kompleks tersebut saya dapati kerja-kerja meroboh sedang giat dijalankan.

Sehubungan dengan itu, semua peniaga yang berjumlah 370 peniaga telah pun dipindahkan sementara ke Ukir Mall bermula 1 Disember 2014 untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks baru setinggi empat tingkat yang menelan belanja sebanyak RM 55.57 juta.

Perkara ini patut dilalukan sebabnya Pekan Rabu sudah terlalu lama dan perlukan suasana yang baru dengan kemudahan yang serba lengkap. Keputusan untuk memindahkan semua peniaga adalah tepat kerana di Ukir Mall mempunyai kemudahan yang baik. Tambahan pula, kedai Kopitiam berhampiran yang penuh sesak pada waktu siang akan memberikan peluang kepada peniaga untuk meningkatkan keuntungan mereka.

Saya sempat bertanya kepada sesetengah peniaga yang meniaga di situ di mana harapan mereka kompleks yang baru dapat disiapkan dalam keadaan terbaik dan mereka dapat berniaga di situ semula dengan keadaan yang sempurna yang memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk membeli barang-barang di situ.

Tambahan pula, kerja-kerja meroboh dijangka berakhir pada Mac 2015 dan proses-proses menanam cerucuk dijangka bermula pada April 2015. Saya sebagai anak jati negeri Kedah tidak sabar untuk mengunjungi kompleks Pekan Rabu yang baru dan berharap pembinaan tersebut dapat dijalankan dengan teliti supaya dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: