Wanita bernama Xiaoming Tsui berumur 90 tahun dikurung oleh anak sendiri di dalam sebuah bilik tidur supaya dia akan mati kebuluran.
Wanita tersebut terselamat selepas sebulan dengan hanya bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran.
Perkara ini berlaku di kampung Yangjuan di Hunan. Jiran wanita terbabit melaporkan kepada pihak polis melalui internet.
Pihak polis menyerbu rumah terbabit seterusnya seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita tersebut berhadapan tuduhan cubaan membunuh ibu mereka sendiri.
1 comments:
apa yang anaknya fikirkan ni, hilang akal mungkin.
Post a Comment