Kemeriahan perasmian padang bola sintetik pertama di Malaysia bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi mimpi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh.
Ia diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
Nur Damia Husnina mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Bapanya berusia 40-an turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Kejadian berlaku jam 9.55 malam apabila Nur Damia sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama di mana sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran hilang kawalan dan jatuh menimpa penonton.
Tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.
0 comments:
Post a Comment