Tempoh Sah Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia Dilanjut Tiga Bulan

Leave a Comment
Tempoh Sah Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia Dilanjut Tiga Bulan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan.

Sesiapa berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan berjaya pada awal Januari tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan.

Syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: