Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang anak apabila menyepak, menumbuk kepala dan mengugut hendak menikam ibu kandungnya telah berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret.
Mohd. Syaridan Awang Ahmad berumur 27 tahun didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting apabila ibunya iaitu Che Saniyah Che Soh berumur 56 tahun enggan memberinya wang.
Perkara ini berlaku di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari 2013.
0 comments:
Post a Comment