Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho yang menamatkan
kontrak dengan Flamengo, minggu lalu selepas mendakwa gajinya berjumlah AS$20
juta gagal dibayar kelab itu, hari ini menandatangani perjanjian untuk beraksi
dengan kelab Atletico Mineiro.
“Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa pengurusan kelab
berjaya membawa Ronaldinho ke Atletico,” kata presiden baru kelab itu,
Alexandre Kalil dalam laman webnya.
Pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi bersama Barcelona
dan Milan serta pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.
0 comments:
Post a Comment