Lihat Anak Bulan Syawal Petang 14 Jun 2018

1 comment
Lihat Anak Bulan Syawal Petang 14 Jun 2018

Berita yang penting buat seluruh umat Islam di Malaysia apabila lihat anak bulan Syawal petang 14 Jun 2018 iaitu pada hari Khamis bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah pun bersetuju cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berita berkenaan 29 tempat telah pun dikenal pasti bagi melihat anak bulan Syawal yang termasuk Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Kawasan yang lain adalah seperti Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Tempat lain di Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman dan Balai Cerap KUSZA, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mukim Merang di Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh dan Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur Daerah Olak Jeram di Kuala Krai, Kelantan; Tanjong Lubang di Miri; Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.

Lihat Anak Bulan Syawal Petang 14 Jun 2018 di mana Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bakal mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa menerusi televisyen dan radio pada malam tersebut juga.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

Nila Anggraini said...

raya dah semakin menghampiri kita, semoga kita dapat merayakannya dengan penuh kesyukuran dan juga ketaatan padaNya, aamiin.