Melaka Negeri Pertama di Malaysia Guna Dron Buru Nyamuk

Leave a Comment
Melaka Negeri Pertama di Malaysia Guna Dron Buru Nyamuk

Berita yang menarik apabila Melaka Negeri Pertama di Malaysia Guna Dron Buru Nyamuk. Ianya dimulakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah yang menjadi perintis menggunakan pesawat kawalan jauh atau dron untuk mengesan tempat nyamuk membiak.

Berita berkenaan penggunaan pesawat kawalan jauh ini adalah mudah dan mencepatkan tugas anggota penguatkuasaan dalam mengesan jentik-jentik khususnya di kawasan bangunan yang tinggi.

Tambahan pula, Datuk Dr. Ghazali Othman selaku Pengarah Kesihatan Negeri Melaka telah pun menyatakan bahawa pemeriksaan yang dilakukan dengan menggunakan dron di lokasi tertentu telah mendapati bahawa lokasi terbabit bebas daripada pembiakan jentik-jentik.

Pihak kesihatan sebelum ini menyewa gondola skylift bagi memeriksaan tempat tinggi di pangsapuri dan rumah kedai tetapi penggunaan dron ini mencepatkan urusan dan juga menjimatkan kos operasi.

Dron yang digunakan ini mampu untuk memeriksa tempat pembiakan jentik-jentik pada ketinggian sehingga 200 meter di mana lokasi yang berisiko akan diletakkan bahan pembasmi larva nyamuk seperti Abate.

Pelancaran Skuad Drone Pengesan Jentik-Jentik ini telah diadakan di Kolej Perubatan Manipal Melaka, Padang Jambu. Program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr. Rusdi Abd. Rahman.

Selain itu, dron tersebut yang berharga lebih kurang RM2,000 telah diubah suai dengan mempunyai alat khas bagi meletakkan Abate di kawasan tinggi yang mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

Melaka Negeri Pertama di Malaysia Guna Dron Buru Nyamuk iaitu dron tersebut juga memiliki kamera pengesan keadaan topografi kawasan wabak denggi di mana boleh menunjukkan nyamuk dewasa betina bertelur.

Kes denggi di negeri Melaka telah mencatatkan penurunan dalam lima minggu pertama tahun ini sebanyak 72 kes berbanding 248 kes bagi tempoh sama pada tahun 2017.

Kawasan-kawasan panas yang dikenal pasti kawasan wabak denggi adalah di Taman Merdeka Jaya, Taman Saujana Seksyen Tiga Bukit Katil, Taman Melaka Baru dan Pangsapuri Kota Laksamana.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: