Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia

1 comment
Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia

Berita tergempar yang diketahui bahawa Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia. Perkara ini telah dinyatakan selepas melakukan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Nelo Vingada melalui berita telah menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab dengan prestasi pasukan bola sepak Malaysia selepas mula mengambil alih jawatan tersebut beberapa bulan yang lalu.

Beliau mengambil maklum bahawa langsung tiada kemenangan dalam perlawanan oleh pasukan bola sepak negara dan melepaskan jawatan dengan serta-merta di mana Tunku Presiden telah menerima keputusan yang dilaksanakan.

Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia juga telah menyatakan bahawa dua pembantu iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho sebagai penolong jurulatih dan Francisco Jose Bruto Da Costa jurulatih kecergasan turut bersama melepaskan jawatan mereka.

Beliau berharap bahawa pasukan bola sepak Malaysia kembali ke laluan yang sebenar dan beliau berbangga dapat berkhidmat di negara Malaysia walaupun dalam tempoh masa yang singkat.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan