Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Januari 2018

Leave a Comment
Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Januari 2018

Berita terbaik buat yang bekerja kerajaan bahawa cuti umrah penjawat awam berkuat kuasa 1 Januari 2018. Penjawat awam boleh memohon cuti tanpa rekod hanya sekali dalam tempoh perkhidmatan.
Tambahan pula, berita ini menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah telah pun berada di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Disember 2017. Kiraan 7 hari tersebut bermula penerbangan menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah.

Mengikut perkiraan tersebut, jika tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, oleh itu perkiraan tujuh hari dikira bermula pada hari kerja yang berikutnya.

Selain itu, cuti umrah penjawat awam berkuat kuasa 1 Januari 2018 yang diberikan ini tidak termasuk dengan hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am di mana untuk hari bekerja sahaja.

Pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu, kerajaan telah pun mengumumkan berkenaan dengan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Pekeliling turut menyatakan bahawa penjawat awam yang memerlukan cuti yang melebihi tujuh hari tersebut mestilah menggunakan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji bergantung kepada kelayakan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: