Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima

Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima

Berita yang menggembirakan apabila Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima. Ronaldo telah mencatatkan sejarah baharu dalam karier bola sepak apabila memenangi anugerah berprestij Ballon d’Or kali kelima.

Berita kemenangan ini membolehkan beliau untuk menyamakan rekod dengan Lionel Messi dari Barcelona yang telah pun memenangi gelaran pemain terbaik dunia selama lima kali. Pada kali ini Lionel Messi berada di tempat kedua manakala Neymar dari pasukan Paris Saint-Germain berada di tempat ketiga.

Cristiano Ronaldo yang berumur 32 tahun telah muncul penjaring terbanyak Liga Juara-Juara yang menyaksikan Real Madrid menewaskan Juventus pada perlawanan akhir.

Real Madrid juga telah memenangi kejuaraan La Liga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun dan ini sememangnya sesuatu yang membanggakan. Majlis penyampaian tersebut telah diadakan di Menara Eiffel di ibu kota Perancis tersebut.

Cristiano Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan di Real Madrid dan semua pihak yang membantu beliau dalam merealisasikan impian ini.

Beliau memenanginya sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2008, 2013, 2014 dan 2016. Beliau juga telah memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA di London dua bulan lalu.

Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima telah menjaringkan 42 gol dalam semua pertandingan untuk Real Madrid pada musim lalu dan juga menjaringkan 15 gol untuk negara Portugal sepanjang kelayakan Piala Dunia 2018.

Portugal akan bertanding Piala Dunia di Rusia pada tahun hadapan dan tentunya hadir sebagai pasukan pilihan selepas berjaya menjadi juara Eropah selepas mengalahkan Perancis pada final tahun 2016.

Beliau berharap dapat bersaing lagi di peringkat tertinggi buat beberapa tahun lagi dan menganggap persaingan dengan Lionel Messi adalah sesuatu yang sihat serta berharap ia dapat diteruskan untuk meningkatkan prestasi permainan bola sepak.

Musim ini merupakan karier yang terbaik dalam bola sepak dan beliau tidak sabar untuk menantikan musim hadapan. Cristiano Ronaldo juga menyatakan bahawa beliau gembira di Real Madrid dan mahu kekal di sana.
0 Komentar untuk "Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top