Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk - AsRaFF RuSLaN

Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk

Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk

Berita yang sangat menarik untuk semua pihak apabila Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk. Ianya ditawarkan di laman web airasia.com dan juga dengan aplikasi mudah alih AirAsia.

Tawaran hebat ini bakal dibuka bermula dari 11 sehingga 18 September 2017 untuk perjalanan di antara 1 Mac 2018 sehingga 21 November 2018 yang sememangnya akan memberikan keuntungan kepada pihak yang selalu menggunakan penerbangan untuk pergi ke mana-mana sahaja.

Berita berkenaan AirAsia ini telah menyatakan bahawa orang ramai boleh memperoleh tambang dengan serendah RM0 ke destinasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao dan banyak lagi destinasi dengan penerbangan AirAsia (AK).

Tambahan pula, penerbangan bermula RM199 dari Kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai, Sydney dan lain-lain bagi penerbangan AirAsia X (D7). Menerusi AirAsia X, penumpang juga boleh menggunakan Premium Platbed bermula RM699 dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka, Taipei dan destinasi lain.

Selain itu, BIG Members boleh menambahkan mata dengan membuat tempahan dan menebus mata BIG POINTS secara eksklusif melalui aplikasi mudah alih BIG Loyalty bermula Ahad ini.

AirAsia bakal menambahkan penerbangan ke lebih banyak destinasi dengan menjadikan perjalan lebih mudah. Pengguna juga dapat menerima manfaat yang terbaik dengan penerbangan yang ditawarkan. Lima juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbesar yang pernah diadakan bagi membantu pengguna melakukan perjalanan.
0 Komentar untuk "Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top