Setem Khas Agong Ke-15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia

Setem Khas Agong Ke-15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia

Berita yang menggembirkan apabila Setem Khas Agong Ke-15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia sempena stiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Ianya merupakan koleksi setem dan filateli khas yang terbaik.

Tambahan pula, setem ini dikeluarkan bertujuan untuk penghormatan dan kenangan kepada Sultan Muhammad V. Setem-setem ini akan mula dijual di pejabat pos di seluruh negara bermula 25 April 2017 tetapi bagi negeri Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan akan mula dijual pada 26 April 2017.

Setem ini akan memaparkan baginda dengan pakaian rasmi sebagai lambang ketua negara. Ianya sangat istimewa kerana cetakan yang digunakan adalah menggunakan dakwat emas.

Raja Sebagai Pemerintah Negara’ merupakan tema kepada setem ini yang akan dikeluarkan menerusi dua reka bentuk iaitu yang bertebuk sebanyak 200,000 keping yang dijual pada harga 60 sen sekeping manakala pula bagi yang tidak mempunyai tebukan sebanyak 5,000 keping bernilai RM12 sehelai.

Koleksi setem ini juga akan juga mempunyai Lembaran Mini yang memaparkan imej Sultan Muhammad V melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan itu.

Tambahan pula, Setem Khas Agong Ke-15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia akan juga mempunyai Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dengan setem dijual pada harga RM1.15 dan FDC bersama Lembaran Mini pula bernilai RM5.85.

Pelanggan-pelanggan yang berminat boleh membeli siri set folder yang lengkap dengan setem dan filateli dengan harga RM44.10 setiap satu.

Pos Malaysia juga akan turut mengeluarkan setem khas sempena sambutan Hari Ibu pada 14 Mei 2017. Setem ini bernilai RM21.20 setiap helai bakal dijual pada 21 April sehingga 14 Mei yang boleh didapatkan di setiap pejabat pos dan menggunakan dalam talian.

Selain itu, sempena sambutan Hari Guru yang bakal tiba maka Pos Malaysia juga mereka tiga bentuk setem yang bernilai RM10.60 sehelai khusus untuk pelajar sekolah. Setem ini akan mula dijual bermula 17 April hingga 16 Mei depan.
1 Komentar untuk "Setem Khas Agong Ke-15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia"

Nampaknya pencinta dn pengumpul stem kena beli ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top