Pelawak Jep Sepahtu Bernikah Dengan Pelakon Sari Yanti

Pelawak Jep Sepahtu Bernikah Dengan Pelakon Sari Yanti

Berita terkini yang diketahui bahawa Pelawak Jep Sepahtu Bernikah Dengan Pelakon Sari Yanti. Mereka berdua telah selamat bernikah dalam majlis yang diadakan pada pagi tadi.

Jep Sepahtu atau pun nama sebenarnya iaitu Mohd Nadzri Zainal Abidin yang berumur 31 tahun telah pun mula bercinta dengan Sari Yanti beberapa bulan yang lalu. Mereka telah berbalas komen di laman Instagram dan perkara ini diketahui oleh para peminat mereka.

Mereka bersikap bersahaja berkenaan apa yang terjadi di antara mereka dan berita berkenaan pertunangan atau pun pernikahan tidak mendapat sebarang pengesahan sehinggalah berita berkenaan pernikahan pada hari ini.

Tambahan pula, bagi pihak Jep ini merupakan perkahwinan pertama dan bagi pihak Sari Yanti pula ini merupakan perkahwinan kedua di mana perkahwinan pertama dulu Sari Yanti mempunyai dua orang anak lelaki. Semoga perkahwinan mereka ini kekal sehingga ke akhir hayat.
0 Komentar untuk "Pelawak Jep Sepahtu Bernikah Dengan Pelakon Sari Yanti"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top