Percuma Samsung Level U Pro Bagi Tempahan Awal Galaxy A 2017

Leave a Comment
Percuma Samsung Level U Pro Bagi Tempahan Awal Galaxy A 2017

Berita yang menggembirakan para peminat gajet apabila Percuma Samsung Level U Pro Bagi Tempahan Awal Galaxy A 2017 telah diumumkan oleh Samsung Malaysia Electronics (SME).

Tawaran istimewa ini akan bermula pada Jumaat ini bertarikh 6 Januari 2017 sehingga 15 Januari 2016. Setiap pembelian bakal membolehkan pengguna mendapat fon kepala tanpa wayar iaitu Samsung Level U Pro yang mempunyai nilai RM399 secara percuma.

Tambahan pula, tempahan boleh dibuat seawal jam 10 pagi di pengedar-pengedar sah yang terpilih dan promosi ini adalah terhad selagi masih lagi mempunyai stok.

Samsung Malaysia Electronics (SME) juga menyatakan bahawa dua varian Galaxy A akan dijual di negara Malaysia iaitu model A5 yang berharga RM1,699 dan model A7 yang berharga RM1,899.

Selain itu, syarikat Samsung berusaha untuk ke hadapan dalam melakukan inovasi yang canggih dan terkini di mana siri Galaxy A 2017 mempunyai IP68 iaitu tahan habuk dan air yang merupakan teknologi pertama yang digunapakai.

Samsung akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pengguna dan memberikan fokus yang terbaik dalam menghasilkan produk yang terbaik. Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Facebook SME iaitu Samsung Mobile Malaysia Facebook.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: