Pandelela Rinong Terima Anugerah Ikon Belia Sukan

Pandelela Rinong Terima Anugerah Ikon Belia Sukan

Berita yang menggembirakan apabila Pandelela Rinong terima Anugerah Ikon Belia Sukan bagi kategori individu. Anugerah ini diberikan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak.

Datuk Seri Michael Manyin Jawong selaku Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak telah mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada Pandelela Rinong.

Tambahan pula, Pandelela Rinong merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016. Selain itu, individu-individu lain juga turut menerima anugerah seperti Kelvin Wan Kwong Wei menerima Anugerah Ikon Belia Sukarelawan, Desmond Anak Sagoh menerima Anugerah Ikon Belia Kesenian, Jong Yee Khie menerima Anugerah Ikon Belia Istimewa dan Dr Fauzan Sahdi (Anugerah Ikon Belia Kemahiran dan Inovasi).

Pada majlis ini juga turut disampaikan anugerah kepada Yayasan Salam Negeri Sarawak iaitu Anugerah Persatuan Belia Sukarelawan, Kumpulan Kesenian Petra (Anugerah Persatuan Belia Kesenian), Koperasi Belia Inovatif Sarawak (Anugerah Persatuan Belia Usahawan) dan Persatuan Ten Pin Bowling Sarawak (Anugerah Persatuan Belia Sukan).

Berikutan Pandelela Rinong terima Anugerah Ikon Belia Sukan, Datuk Seri Michael Manyin Jawong juga telah menyatakan bahawa kementerian telah pun memberikan cadangan kepada kerajaan pusat dan negeri untuk membangunkan pusat belia dan sukan di negeri Sarawak.
0 Komentar untuk "Pandelela Rinong Terima Anugerah Ikon Belia Sukan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top