Pro Canselor UUM Tokoh Maal Hijrah 2016

Leave a Comment
Pro Canselor UUM Tokoh Maal Hijrah 2016

Berita menarik berkaitan Pro Canselor UUM Tokoh Maal Hijrah 2016 iaitu Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Beliau telah dinobatkan bagi tahun 1438 Hijrah/2016 pada majlis di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Pro Canselor UUM berumur 75 tahun adalah berasal dari Alor Setar, Kedah pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara. Penghargaan ini disebabkan oleh jasa beliau dalam memperkukuhkan undang-undang syariah di Malaysia. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tambahan pula, Anugerah Khas Maal Hijrah telah diwujudkan buat kali pertama dan telah dianugerahkan kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016.

Bekas Mursyidul Am PAS telah dipilih bagi menghargai segala sumbangan besar ulama dalam meningkatkan martabat agama Islam di peringkat negara dan dunia yang telah pun diiktiraf oleh pelbagai pihak.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: