Eskalator Terpanjang di Dunia Bagi Pelancong Malas

2 comments
Eskalator Terpanjang di Dunia Bagi Pelancong Malas

Berita menarik berkaitan dengan Eskalator Terpanjang di Dunia Bagi Pelancong Malas. Ianya telah dibina di Hubei, China bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pelancong yang merasa susah untuk menaiki tangga bagi menikmati keindahan alam yang menghijau.

Eskalator atau pun tangga automatik dengan panjang 688 meter telah pun dibuka di lokasi Enshi Grand Canyon sempena dengan cuti umum Hari Kebangsaan negara China pada 1 Oktober 2016.

Pelancong-pelancong yang ingin menggunakan eskalator ini perlu membayar sebanyak 20 yuan atau bersamaan dengan RM13 untuk menaikinya bagi menikmati keindahan di sekitar.

Eskalator Terpanjang di Dunia Bagi Pelancong Malas boleh memuatkan seramai 7,300 pengunjung dalam sesuatu masa. Pihak pelancongan negara China menjangkakan bahawa seramai 300,000 pengunjung akan menggunakan perkhidmatan tersebut bagi tahun 2016.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Azlan Yussof said...

wahhh..harap kerajaan Malaysia buat satu "keunikan" macam gini..hihihi.
Bukan kira rakyat malas, tapi utk menarik pelancong..dapat gak duit kan..

Admin said...

wow panjang nyer...