Tambang Promosi Istimewa AirAsia RM8

Leave a Comment
Tambang Promosi Istimewa AirAsia RM8

Tambang promosi istimewa AirAsia RM8 merupakan berita terbaru sebagai menyambut kemenangan syarikat ini pada Anugerah Skytrax yang berlangsung sebelum ini.

AirAsia dinamakan sebagai syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia buat kali kelapan berturut-turut.

Tambahan pula, AirAsia X pula telah meraih anugerah Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut.

Ramai orang boleh terbang dengan AirAsia ke Hong Kong, Singapura, Phuket, Krabi, Siem Reap, Phnom Penh, Pekanbaru, Bandar Ho Chi Minh dan destinasi-destainasi menarik dengan nilai RM8.

Selain itu, hanya dengan RM198 boleh terbang ke Shanghai, Perth, Auckland, Tehran dan Mauritius melalui AirAsia X dan juga boleh menaik taraf ke Tempat Duduk Premium Flatbed dari hanya RM718.

Promosi ini boleh ditempah bermula 18 Julai 2016 sehingga 24 Julai 2016 dengan perjalanan dari 4 Januari 2017 sehingga 21 Ogos 2017.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: