Rolls-Royce Dawn Berharga RM4 juta dilancarkan di Malaysia

Leave a Comment
Rolls-Royce Dawn Berharga RM4 juta dilancarkan di Malaysia


Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur telah memaklumkan berita bahawa Rolls-Royce Dawn berharga RM4 juta dilancarkan di Malaysia. Ianya direka bentuk dengan Drophead yang mewah dengan mensasarkan kepada golongan muda.

Tambahan pula, kenderaan dengan empat tempat duduk tersebut dijual untuk menarik minat daripada kalangan generasi yang baru. Kereta ini sememangnya amat mewah dan syarikat ini menjangkakan tidak akan menjual model ini dengan banyak.

Model Dawn adalah sebagai tambahan kepada jenama Rolls-Royce yang lain seperti Phantom Series II, Ghost Series II dan Wraith. Ia juga menjadi model kedua selepas Rolls-Royce Phantom Drophead Coupe.

Model ini juga menyasarkan kepada usahawan muda yang menjadikan pelanggan syarikat ini semakin bertambah.

3,785 unit Rolls-Royce telah pun dijual pada tahun 2015 di peringkat antarabangsa dan Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur merupakan pengedar tunggal Rolls-Royce di Malaysia.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: