Luke Aikins Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun

Leave a Comment
Luke Aikins Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun

Sejarah telah tercipta semasa berita yang mendebarkan apabila Luke Aikins manusia pertama terjun tanpa payung terjun. Luke yang berumur 42 tahun merupakan bekas pelakon lagak negeri dari Amerika Syarikat.

Luke terjun dari ketinggian 25,000 kaki di udara dengan tidak menggunakan alatan keselamatan yang dipakai ke atas dirinya.

Tambahan pula, aksi yang sememangnya boleh membawa kematian ini telah dirancang dengan sebaik-baiknya sejak setahun setengah yang lalu.

Aksi terjun tersebut dengan laju sebanyak 193 kilometer sejam telah dilakukan di Simi Valley, California yang turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen Fox.

Luke Aikins yang berjaya mendarat dengan baik di atas jaring telah mendapat sambutan yang meriah di kalangan ribuan pengunjung yang menyaksikan aksi lagak negeri tersebut.

Beliau juga merupakan seorang juruterbang telah pun melaksanakan 18,000 terjunan udara dengan pelbagi aksi sejak berumur 12 tahun. Luke juga memainkan peranan sebagai penasihat keselamatan dan penggendali Persatuan Penerjun Udara Amerika Syarikat.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: