Umat Islam di Negara Finland Berpuasa 23 Jam Sehari

Leave a Comment
Umat Islam di Negara Finland Berpuasa 23 Jam Sehari

Lebih kurang 1.5 juta umat Islam di seluruh dunia sekarang ini sedang berada di bulan puasa. Berita yang diketahui bahawa umat Islam di Negara Finland berpuasa 23 jam sehari. Ianya berlaku kerana tempoh masa berpuasa yang berbeza di setiap benua.

Perbezaan masa ini disebabkan oleh jarak waktu antara matahari terbit dan terbenam adalah sentiasa berubah-ubah mengikut kepada latitud dan longitud sesebuah negara.

Tambahan pula, mengikut contoh yang belaku iaitu di Bulatan Artik di mana dinyatakan bahawa tempoh tenggelam matahari adalah di antara 55 minit sehingga 1 jam. Umat Islam di Finland pula berpuasa pada pukul 1.35 pagi dan berakhir pada pukul 12.48 pagi pada esok hari.

Umat Islam di Finland berjaya mengharungi tempoh berpuasa tersebut tanpa mempunyai sebarang masalah. Selain itu, umat Islam di Sweden dan Denmark juga mengalami tempoh berpuasa yang panjang iaitu melebihi 20 jam sehari.

Australia dan Argentina pula berpuasa dalam tempoh yang pendek iaitu selama 9 jam 30 minit sahaja. Selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: