Pelajar Matrikulasi Bakal Terima Sijil Bermula 2016

Leave a Comment

Berita baik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila pelajar matrikulasi bakal terima sijil bermula 2016. Sijil Matrikulasi KPM akan diterima oleh pelajar program matrikulasi selepas menghabiskan pengajian.

Tambahan pula, sijil ini dapat digunakan untuk memohon pekerjaan di dalam perkhidmatan awam dan swasta di mana ianya perkara yang sangat bagus kepada lepasan pelajar matrikulasi.

Sijil ini sebagai mengiktiraf pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang melalui program ini. Ianya dikatakan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Seramai 1,600 pelajar telah medaftar bagi program matrikulasi pada tahun 2016. Matrikulasi adalah program persediaan bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

15 buah kolej matrikulasi telah pun dihasilkan di seluruh negara termasuklah 3 kolej matrikulasi teknikal sejak tahun 1999.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: