Lagenda Tinju Muhammad Ali Meninggal Dunia

Leave a Comment
Lagenda Tinju Muhammad Ali Meninggal Dunia

Berita terbaru diketahui bahawa lagenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia ketika usianya berumur 74 tahun. Beliau juga dilaporkan memeluk Islam pada tahun 1975.

Tambahan pula, Ali juga yang dikenali sebagai panggilan 'The Greatest' telah pun menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Phoenix, Arizona disebabkan oleh masalah pernafasan.

Ahli keluarga beliau telah memberitahu bahawa selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, beliau telah meninggal dunia.

Selain itu, Ali akan dikebumikan di kampung halamanya di Louisville, Kentucky.

Muhammad Ali adalah nama yang sangat besar terutamanya dalam sukan tinju heavyweight dunia. Beliau pernah diiktiraf sebagai "Sportsman of the Century" yang diberikan oleh Sports Illustrated.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: