Jenazah Datuk Syed Alman Zain Selamat dikebumikan

Leave a Comment
Jenazah Datuk Syed Alman Zain Selamat dikebumikan

Jenazah Datuk Syed Alman Zain selamat dikebumikan di mana mengikut berita jenazah merupakan menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jenazah yang berumur 44 tahun telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar pada pukul 10 pagi.

Sebelum itu, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor telah pun menziarahi jenazah di Surau An-Nur di COuntry Heights di mana solat jenazah dilaksanakan oleh orang ramai.

Timbalan Perdana Menteri baru sahaja tiba di Malaysia selepas melakukan lawatan kerja ke Jepun. Allahyarham merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah yang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan gigi di Bangsar.

Allahyarham telah dilaporkan pergi ke klinik lebih kurang pukul 6 petang bagi mendapatkan rawatan gigi bersama-sama seorang rakan. Allahyarham pada masa mendapatkan rawatan tersebut tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Allahyarham telah disahkan meninggal dunia oleh PPUM sebaik tiba di sana. Takziah diucapkan kepada keluarga Timbalan Perdana Menteri.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: