Bayaran Haji Tahun 2016 Kekal RM9980 Seorang

Leave a Comment
Bayaran Haji Tahun 2016 Kekal RM9980 Seorang

Berita terbaharu diketahui bahawa bayaran haji tahun 2016 kekal RM9980 seorang. Ianya dimaklumkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di mana telah diputuskan untuk mengekalkan harga asal walaupun peningkatan kos mencecah RM18890 bagi setiap orang.

Tambahan pula, TH menganggung subsidi haji adalah sebanyak RM125 juta pada tahun 2015 manakala pada tahun 2016 meningkat kepada RM160 juta.

Pada tahun 2015, Tabung Haji telah menanggung sebanyak RM7290 untuk seorang jemaah supaya dapat dikekalkan pada nilai RM9980 walaupun kos meningkat kepada RM17270 bagi setiap seorang jemaah.

Bayaran haji yang bernilai RM9980 yang dikekalkan begitu lama semenjak tahun 2007 yang merupakan sumbangan utama program tanggungjawab korporat dalam pemberian subsidi untuk para jemaah pada setiap tahun.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: