Perkhidmatan KTMB Beroperasi Seperti Biasa

Leave a Comment
Perkhidmatan KTMB Beroperasi Seperti Biasa

Berita terbaru diketahui bahawa perkhidmatan KTMB beroperasi seperti biasa. Ianya telah dimulai pada 10 malam tadi selepas kemalangan yang berlaku di Kuala Kubu Baru yang melibatkan dua buah tren.

Perkhidmatan KTM beroperasi seperti biasa selepas kemalangan tersebut iaitu Komuter di laluan Rawang-Tanjung dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS). Orang awam boleh menaiki tren di semua laluan.

Sebelum ini dua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad telah terlibat dalam kemalangan selepas berlanggar di KM 322 di Kuala Kubu Baharu tetapi tiada sebarang kehilangan jiwa dilaporkan.

Tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) membawa 170 penumpang dan perkhidmatan ETS (Kuala Lumpur-Ipoh) dengan 340 penumpang. Perkara ini telah menyebabkan beberapa perkhidmatan KTMB telah mengalami gangguan. Tambahan pula, tiga penumpang sahaja yang cedera ringan dalam kemalangan tersebut.

Gerabak tren yang mengalami kerosakan akibat kemalangan tersebut sedang dalam proses pengalihan dan juga dalam proses baik pulih.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: