Tunku Ismail Rasmi Pusat Latihan Tertutup JDT

Leave a Comment
Tunku Ismail Rasmi Pusat Latihan Tertutup JDT

Tunku Ismail rasmi Pusat Latihan Tertutup JDT iaitu berita terbaru Tunku Ismail berkenan hadir dalam program tersebut.

Pusat latihan tersebut telah dinamakan sempena nama Dato' Suleiman Mohd Noor di mana kemudahan ini terletak di Padang Seri Gelam yang merupakan milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tambahan pula, ianya satu ilham Tunku Mahkota Johor supaya dapat meningkatkan mutu bola sepak di negeri Johor.

Sebelum itu, majlis pecah tanah ini telah disempurnakan oleh Tunku Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim pada 1 Januari 2015.

Reka bentuk akhir fasiliti ini telah mendapat kelulusan dari Tunku Ismail pada Disember 2014. Pusat latihan ini merupakan yang pertama di Aia Tenggara yang menelan belanja sebanyak RM18 juta. Ianya ditaja sepenuhnya oleh Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Selain itu, ianya mengikut spesifikasi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi saiz, pencahayaan dan kualiti rumput sintetik yang terbaik.

Pakar arkitek-arkitek tempatan telah menggunakan konsep terkini dan akan menjadikan sukan bola sepak boleh berada di peringkat yang tertinggi khususnya di Johor.

Perasmian ini turut dihadiri oleh Datuk Ismail Karim selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Presiden PBNJ.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: