Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 Pada 7 Mei 2016

Leave a Comment
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 Pada 7 Mei 2016

Berita terkini yang baru sahaja diumumkan berkenaan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 pada 7 Mei 2016. Ianya telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini.

Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selaku Pengerusi SPR telah menyatakan bahawa tarikh penamaan calon ditetapkan pada 25 April 2016 manakala pengundian awal pada 3 Mei 2016.

Tambahan pula, daftar pemilih yang digunakan berdasarkan daftar pemilih induk 2015 yang dikemaskini sehingga 10 April 2016.

Ianya mempunyai 1,138,650 pemilih berdaftar terdiri daripada 1,113,522 pemilih biasa, 25,022 pemilih tidak hadir bagi pengundi awal dan 106 pemilih tidak hadir bagi pengundi pos.

Tempoh untuk berkempen yang ditetapkan oleh SPR ialah selama 12 hari sebelum berlakunya Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 Pada 7 Mei 2016.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: