Pasukan Bola Sepak Kedah Mampu ke Peringkat Akhir Piala FA 2016

Leave a Comment
Pasukan Bola Sepak Kedah Mampu ke Peringkat Akhir Piala FA 2016

Pasukan bola sepak Kedah mampu ke peringkat akhir Piala FA 2016 jika diikutkan dengan semangat juang yang tingi dan persiapan yang lengkap yang dilakukan oleh skuad Kedah mengikut berita terkini.

Semua pemain bola sepak Kedah dilihat telah memberikan fokus yang terbaik dan permainan yang mantap di atas padang. Justeru, tidak hairanlah jika Kedah berjaya layak ke peringkat akhir Piala FA 2016.

Gol memainkan peranan yang penting bagi memastikan kemenangan dicapai pada perlawanan yang seterusnya. Penyokong mestilah berdiri teguh di belakang skuad Kedah dengan memberikan sokongan yang padu.

Skuad Kedah telah seri 1-1 menentang skuad Sabah semasa aksi kedua suku akhir di Stadium Darul Aman tetapi mara ke separuh akhir dengan keputusan agregat 3-2. 

Carlos Eduardo telah menjaringkan gol pertama buat skuad Helang Merah dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-22. Skuad Sabah pula menjaringkan gol pada minit ke-59 melalui jarinagn Ummareng Bacok. Semoga skuad Kedah berjaya dalam perlawanan seterusnya dan berjaya menggapai Piala FA 2016.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: