Jabatan Penerbangan Awam Gantung Rayani Air Tiga Bulan

Leave a Comment
Jabatan Penerbangan Awam Gantung Rayani Air Tiga Bulan

Jabatan Penerbangan Awam gantung Rayani Air tiga bulan mengikut berita terkini yang dikeluarkan. Arahan untuk menggantung sementara Sijil Operator Udara (AOC) syarikat ini selama tiga bulan berkuat kuasa pada 11 April 2016.

Datuk Azharuddin Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah telah menyatakan bahawa notis penggantungan telah dihantar kepada Rayani Air. Siasatan ke atas Rayani Air akan dilaksanakan pada 12 Mei 2016 berkaitan dengan penggantungan ini.

Jika syarat telah pun dipenuhi ianya boleh ditarik balik atau pun digantung secara kekal mahupun mengenakan masa yang lebih lama. Penggantungan selama tiga bulan adalah sementara.

Pemberitahuan telah dimaklumkan kepada syarikat ini berkaitan masalah ini dan mereka perlu menambah baik perkhidmatan Rayani Air. AOC sebuah syarikat penerbangan awam kali pertama digantung di bawah Peraturan 24 Peraturan Penerbangan Awam 1996.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak boleh membiarkan syarikat penerbangan yang telah melanggar peraturan untuk meneruskan penerbangan. Rayani Air sebelum ini telah menggantung operasi sejak Jumaat yang lepas dengan menyatakan bahawa tindakan mogok juruterbang sebagai alasan.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: