Sekolah di Kedah dan Perlis Ditutup Dua Hari

Leave a Comment
Sekolah di Kedah dan Perlis Ditutup Dua Hari

Berita yang terkini telah dipastikan bahawa sekolah di Kedah dan Perlis ditutup dua hari. Kementerian Pendidikan telah pun memberikan arahan supaya pada 22 dan 23 Mac 2016 sekolah ditutup.

Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menyatakan bahawa penutupan sekolah ini selaras dengan suhu melebihi 39 darjah Celcius yang dicatatkan di dua buah negeri tersebut.

Tambahan pula, sekolah di Kedah dan Perlis ditutup dua hari selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Kaji Cuaca, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Arahan ini adalah tertakluk kepada proses pengajaran dan pembelajaran tetapi guru-guru dan staf yang lain masih perlu hadir ke sekolah seperti biasa.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: