Promosi Tambang Percuma 3 Juta Tempat Duduk AirAsia

Leave a Comment
Promosi Tambang Percuma 3 Juta Tempat Duduk AirAsia

Promosi tambang percuma 3 juta tempat duduk AirAsia yang akan melibatkan lebih daripada 100 destinasi di 22 buah negara. AirAsia dan AirAsia X memberikan kelebihan yang bermakna kepada semua pengguna kapal terbang.

Tambahan pula, tempat duduk promosi ini melibatkan tambang asas bernilai RM 0, cukai dan fi. 

Promosi ini akan bermula dari 7 Mac sehingga 13 Mac 2016 melalui laman web AirAsia. Perjalanan ini akan bermula dari 1 Oktober 2016 sehingga 22 Mei 2017.

Selain itu, tempahan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih AirAsia menerusi iPhone dan perkhidmatan Android. Laman web mobile AirAsia juga boleh dilayari.

Promosi tambang percuma 3 juta tempat duduk AirAsia yang boleh dimanfaatkan melalui promosi Fly-Thru untuk ke destinasi menarik AirAsia X seperti Auckland, Sapporo, Tokyo, Gold Coast, Sydney dan banyak lagi destinasi.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: