Alenxandra Andresen Gadis Jutawan Termuda di Dunia

Alenxandra Andresen Gadis Jutawan Termuda di Dunia

Alenxandra Andresen Gadis Jutawan Termuda di Dunia merupakan berita terkini yang dikeluarkan oleh Forbes. Gadis yang berumur 19 tahun merupakan salah seorang individu terkaya di dunia.

Kejayaan gadis ini dianggarkan adalah sebanyak RM 4.95 bilion manakala kakaknya iaitu Katharin yang berumur 20 tahun turut sama disenaraikan sebagai individu terkaya dengan jumlah yang sama.

Alenxandra Andresen mendapat tempat ke 1,475 dalam senarai Forbes berdasarkan kepada bapanya iaitu Johan H. Andresen memindahkan saham syarikat pelaburan Ferd Holding sebanyak 42 peratus kepada kedua-dua remaja pada tahun 2007.

Pemilikan sama mereka hanya diketahui oleh umum pada tahun 2014 kerana undang-undang cukai melindungi individu bawah umur.

Keluarga Andresen mempunyai kekayaan menerusi pengeluar rokok terbesar di Norway dan syarikat ini telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga bapa mereka menjual saham syarikat tersebut.

Alenxandra Andresen Gadis Jutawan Termuda di Dunia disebabkan oleh bapanya iaitu Johan melabur dana ke dalam syarikat pelaburan swasta dipanggil Ferd Holdings dan menyebabkan anak-anak perempuannya memiliki pegangan salah sebanyak 42.2 peratus.

Kedua-dua remaja tersebut hidup dalam cara yang sederhana walaupun memiliki kekayaan dengan salah satu contohnya mereka hanya memandu kereta yang terpakai.
1 Komentar untuk "Alenxandra Andresen Gadis Jutawan Termuda di Dunia"

Wow.. baru 19 tahun dah ada kekayaan sebanyak 4.95B. Yang bagusnya dia masih hidup secara sederhana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top